Isnin, 17 Jun 2013

Saya Pernah Beli Dengan Mereka

Masa penglibatan awal dalam dunia felt, teruja melihat keychain berbagai bentuk. Pada permulaan, saya dapatkan Begineer Kit atau Kit Permulaan daripada SUS. Beberapa kali membeli kain felt daripada kedai ini.


http://susndfeltproduct.com/


Kemudian saya beli dengan asma box felt. Bila dah transfer duit, baru cakap kain felt x ada..ala duit dah transfer, guna bank in lak tu, masa tu semua bank x leh online sebab terlupa password.  Entah kena angin apa tah, semua sekali yg duk pakai hari2 pun lupa password dan kena sekat lah..

Jadi, ambik je apa yang ada. Tukar dengan korean felt.  felt ini x berkualiti dan cepat berbulu dan lembik.

Dan satu perkara, dia tertinggal order utk butang love. Harga x besar mana pun, RM3.60 je. Dia kata nak hantar pos biasa, tak ada pun.  Bila hantar emal, tanya x berjawab.....emmm....masih berkira2 untuk menjadi pelanggannya lagi...

http://asmafeltbox.lot.my/


Kemudian beli dengan Kedai Jahitan(FB).  Yang ini, saya beli banyak butang dan  barang aksesori lain.
Anak bongsu saya suka butang, jadi saya beli yang murah dan berpack seratus lebih untuk dijadikan barang mainannya dan juga untuk dia belajar mengira.


Apabila saya membuat coin purse gantung untuk anak, dapat tempahan daripada kawan anak untuk membuat coin purse yang sama. Jadi untuk itu, saya beli felt daripada crafter yang berada di Putrajaya.

Kemudian saya beli dengan Yui Collection (FB).  Ini beli di antaranya fabric paint, DIY RM5 daripada Korea.  Saya paling suka DIY kerana felt dia sangat bagus dan tidak berbulu, Tebal, lembut tetapi tidak berbulu. Lembut tapi bukan arylic felt. arylic felt lagi lembut, macam kain.

Last sekali, terbaru beli dengan Jajakraf.  Beli PU, arylic felt, brooch dan lain-lain.  Arylic felt daripada jajakraf memang puas hati, Setakat ini, saya buat keychain nama, tidak berbulu dan berpuas hati.

Kenapa saya beli dengan banyak supplier

Saya ingin tahu mengenai kualiti felt di Malaysia.  Setakat ini, saya rasa, saya tak jumpa felt yang saya suka seperti DIY dari korea. Ada setengah felt tu, objek yang kita sedang buat tu belum siap lagi, tapi dah berbulu.  Kalau beli kat Kedai buku, kejap je dah koyak tepi.  Sakit hati kan, bila dah siap2 pakai dua tiga kali., dah koyak.

Sebab tu saya mencuba beberapa jenis felt daripada beberapa supplier, supaya dapat hasilkan kraf yang baik dan tahan lasak. 

Okey, setakat ini review pada hari ini....sambil2 nak hilangkan gantuk dan memikirkan idea untuk kerja di ofis ini....IDEA!!!!!!.....datanglah....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan